E KEHADIRAN CENDERAMATA PERTAMA KAMI
Kehadiran di sekolah pada dekad ini merupakan aspek penting yang amat kritikal di isu kan di abad ini, Program APDM yang telah di jalan kan di sekolah menimbulkan pelbagai reaksi dimana beberapa persoalan di timbulkan, Siapakah yang perlu mengisi? Adakah perlu di letakkan di bahu Guru Kelas semata mata?, Sekiranya Guru berkursus siapa pula perlu mengisi? maka akhirnya APDM di tetapkan perlu di selesaikan oleh Pembantu Tadbir atau "Pihak Pejabat". Adakah " Pihak Pejabat" ini juga bersetuju, sudah tentu persoalan berikut akan berterusan tanpa penghujungnya.
Dengan gangguan PNP pelajar di mana pelajar akan di kerah untuk memberitahu maklumat siapa pelajar yang tidak hadir, dengan Guru Kelas pula perlu bergegas ke kelas yang di tanggungjawabkan untuk mendapat maklumat, belum lagi mengambil kira ada sesetengah sekolah mengarahkan PO (Pegawai Operasi) memasing untuk membawa lembaran kehadiran bagi di isi pada setiap kelas, yang "bijak" sikit pula akan menggunakan alternatif medium sosial chat lain spt whatsapp, telegram dan sebagainya.
Walau apa pun caranya kita harus mengucapkan tahniah kepada semua pihak di atas segala usaha yang cuba dilakukan bagi menjayakan pengisian kehadiran di sekolah tak kisah lah dengan apa cara pun. Sebab itu kami sebagai unit ict cuba memikirkan pelbagai kaedah yang terbaik bagi mengatasi masalah-masalah ini supaya semua pihak dapat menjalankan tugas memasing dengan sempurna.
Ide untuk menghasilkan E Kehadiran ini di wujudkan setelah mengambil kira semua aspek, dari susah payah pengisiannya daripada pengguna A-Z. Mungkin ada yang bertanya , bukan kah menggunakan whatsapp dll juga mudah?. Kami tidak menafikan itu tetapi data yang di cerapkan akan hilang apabila pergantian hari, malah untuk merujuk setiap data kembali akan menjadi sukar kerana perlu scroll semula ke atas.Oleh itu kami telah mengambil alternatif ini di mana kami cuba untuk menghasilkan sesuatu bagi memudah kan pengisian APDM. dengan mengimplimentasikan QR CODE sebagai medium capaian ke GOOGLE FORM dan di terbitkan pula maklumat ke bentuk Web bagi paparan maklumat kehadiran di paparkan secara holistik. Bagaimana ia memudahkan tugas Guru?
E Kehadiran ini perlu di isi oleh guru yang pertama hadir di kelas tersebut, maka pembahagian bebanan guru kelas telah automatik di mudah cara kan secara rata, Guru Kelas pula akan merujuk pengisian yang di paparkan hasil dari pengisian guru pertama tadi untuk di isi di dalam buku kehadiran. Dan yang paling penting sekali maklumat kehadiran ini telah di capai dengan mudah terus oleh PT atau kerani bagi mengisi di dalam APDM. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai ini sekolah sekolah boleh merujuk kepada laman web ini dan untuk mendapatkan khidmat kami bagi mencuba kaedah ini boleh hubungi salah seorang JTK di laman web ini.